Free Web space and hosting from xaper.com
Search the Web

Bahasa Melayu







  

KERJAYA SAYA DALAM PERUBATAN HOMEOPATHY DAN AKUPUNKTUR

Sejarah Ringkas Pengalaman Saya


Saya lahir di Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan asas di SK Kg Gelang Mas, Pasir Mas sehingga darjah enam, kemudian melanjut ke sekolah Menegah Agama di Pohon Buloh, Pasir Mas dan seterusnya melanjutkan pendidikan tinggi agama (SMU) di Sekolah Menengah Agama Diniah, di Bandar Pasir Mas.

Sejak kecil saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapai cita-cita tersebut.

Namun takdir telah merestui doa saya; Sewaktu saya berada di Mekkah saya berjumpa dengan Prof Dr Nik Omar dan berbincang cara-cara untuk mengikuti perubatan homeopati.

Sekembalinya saya dari Mekkah, saya terus memohon untuk mengikuti kuliah kodoktoran homeopati dengan Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia, Kelantan

Pada tahun 1995 saya tamat mengikuti tahap Diploma Asas Perubatan Homeopati selama 2 tahun.
Kemudian saya terus sambung kuliah saya selama 2 tahun lagi, menjadikan jumlah 4 tahun kesemuanya.

Pada bulan Oktober tahun 2000 saya telah menduduki peperiksaan akhir BHMS dengan menyiapkan sebuah tesis setebal 250 muka surat berjodul " Sejarah Hidup Samuel Hahnemann"

Semua bahan-bahan yang saya muatkan dalam tesis saya ini, saya kumpul sendiri hasil dari lawatan pengajian saya beberapa buah Institusi Perubatan Homeopatidi Pakistan, antaranya ialah di Pakistan Homeopathic Medical College di Lahore, Pakistan , Central Homeopathic Medical College, Shaheen Homeopathic Medical College dan setengah bahan tersebut saya dapat dari Perpustakaan Islamabad Homeopathic Medical College, juga di Pakistan.



Latihan Praktikal dan Amali


Oleh kerana secara kebetulan saya tinggal di Kuala Lumpur pada tahun 1995 hingga 1997, saya berkesempatan untuk melakukan latihan praktikal dan amali di klinik suami saya Prof Dr Nik Omar selama 2 tahun sehinggalah saya kembali bertugas di Komplek Pusat perubatan Homeopathy Dr Nik Omar di Kg Gelang Mas, Meranti, Pasir Mas, Kelantan.

Pusat Perubatan Homeopati ini adalah terbesar di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 10.5 ekar dengan berbagai kemudahan asas saperti sebuah hospital homeopati dengan 20 katil, 16 bilik rawatan, dua buah rumah pesakit ala homestay yang boleh menampung 30 orang pesakit dalam satu waktu, asrama pelajar, chalet yang berhawa dingin, 5 buah kolam ikan, taman kaktus, taman buah-bauhan tropikal, satu sekolah menunggang kuda, sebuah dewan kuliah yang canggih yang boleh menampung 100 orang pelajar serentak, dll.

Kursus-Kursus homeopati, akupunktur China, bekam, iridology, reiki, homeopathic pharmacy, reflexologi dan lain-lain diadakan dari masa kesemasa.

Oleh itu sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus tersebut bolehlah menghubungi kami ditalian 09-7972948 atau 012-9554975 atau Wakil di Kuala Lumpur 03-26926549.

Pengalaman Merawat Pesakit


Selama saya melakukan latihan amali di Pusat Perubatan Homeopati di Kampong Baharu, Kuala Lumpur, saya berjumpa dan merawat berbagai jenis penyakit baik yang akut mahupun yang kronik.

Jenis-jenis penyakit yang sering saya jumpai dan rawat ialah:

Migrin, resdung (selsema), sakit sendi, gout, lumpuh (stroke), bell palsy ( Lumpuh muka), gastrik, sakit kepala, tyroid, penyakit gatal-gatal seperti eczema dan psorasis, masalah wanita seperti haid tidak teratur, haid berpanjangan, keguguran, kemandulan atau infertiliti, sawan -fits, sakit jiwa, kelimumur, rambut gugur, parkinson dan sebagainya.

Sejak akhir-akhir ini banyak juga kes-kes kronik yang datang menemui saya antaranya ialah saperti kes:- Ovarian Cycst, Fibroid, ( Ketumbuhan pada Rahim) Barah Payudara ( Breast Cancer), Senguggut, gout, arthiritis, sakit sendi tulang, dll.

Tidak kurang juga banyak saya rawat kes-kes kanak-kanak saperti asthma, resdung, gatal-gatal, anak-anak menagis malam, kanak-kanak yang tidak boleh berjalan, kencing malam, hyperactive, dan lain-lain.

Pendekatan Saya Dalam Merawat Pesakit

dalam kaedah rawatan yang saya lakukan, saya tetap berpandukan kepada Para Satu Organon of Medicine yang menyatakan " Tugas Utama Perawat Ialah Menyembuhkan Pesakit"

Maka untuk itu, saya melakukan pendekatan yang saya pelajari dan apa yang saya fikir yang terbaik untuk pesakit saya akan lakukan.

Biasanya kaedah yang saya lakukan ialah rawatan "Integerasi Perubatan " atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Integrated Medicine' iaitu saya akan meneliti dan menkaji kes mengikut teori homeopati dan saya akan berikan ubat homeopati yang paling serasi mengikut simtomatologi.

Sementara dari luar saya berikan rawatan akupunktur klassik dari China yang saya pelajari. Rawatan akupunktur hanya diberikan kepada orang-orang yang benar-benar memerlukan rawatan tersebut.
kalau tidak hanya memadai dengan rawatan homeopati sahaja.

Kes-kes yang mustajab dengan perawatan akupunktur ialah 'sakit urat saraf, lumpuh, sakit tengkok, tergeliat, terseliuh, sakit belankang, darah tinggi, kenacing manis, migrin dan sebagainya.



E mail Kami: fahom2@yahoo.com

Rawatan Homeopati dan Akupunktur Selamat dan Berkesan

Jika anda atau keluarga anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang tidak baik-baik atau tidak boleh dirawat oleh mana-mana doktor atau perubatan lain. Cubalah kaedah yang saya perkenalkan ini iaitu rawatan Homeopati atau Rawatan Akupunktur China.

Selain dari Rawatan tersebut, jika perlu saya juga akan beriakan rawatan-rawatan seperti:

Bekam angin
Therapy cahaya Lampu
Kaunseling dan sebagainya.


Alamat Tempat saya berkerja:

Hospital Homeopathy Nik Omar
No.122 Taman Universiti, Kg Gelang Mas,
Meranti, Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 09-7976948 atau 019-9401915

[ Di Hospital ini ada wad, chalet dan asrama untuk penginapan. Untuk tinggal di wad, hendaklah membuat tempahan awal ]

Wakil Homeopati di Kuala Lumpur:

Pusat Homeopathy Nik Omar
No.128 Jalan Raja Abdullah
[ Hadapan Masjid Kg Baru]
50300 Kuala Lumpur.
Tel: KL 03-26926549 atau 019-9401915

Laman Web: http://drnikomar.tripod.com
E Mail: fahom2@yahoo.com

Ingin Membaca Berita Rawatan Penyakit Terkini ?

Sila Lawat lama blog kami

http://popularmedicine.blogspot.com

 


Untuk Keterangan Lanjut, sila baca laman web kami



Homeopati, rawatan tanpa dadah , tanpa racun, selamat